Malaya Archery - Kerjaya

Kerjaya

JAWATAN KOSONG DI MALAYA ARCHERY

Freelance Archery Coach Kami mencari jurulatih/coach freelance, untuk melatih pemanah dari umur 7-18 tahun dan dewasa.
  • Lelaki atau Perempuan berumur 35 tahun kebawah
  • Mempunyai pengalaman melatih pemanah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Pengalaman memanah Recurve atau Compound Bow sekurangnya 2 tahun
  • Mempunyai Sijil Kejurulatihan Tahap 1, adalah kelebihan
  • Jujur dan amanah.
Pelatih Industri (Internship) Kami mencari mereka yang memiliki ciri-ciri seperti dibawah untuk menyertai pasukan kuat kerja kami sebagai Pelatih Industri (Internship):-
  • Latihan industri bagi pelajar kursus Sijil, Diploma, Bachelor Pengajian Sukan, Pengurusan Sukan & Rekreasi, Sains Sukan, Pentadbiran Perniagaan
  • Keutamaan lelaki, sihat dan rajin .
  • Boleh menjalani latihan di Bandar Seri Putra, Bangi.
  • Jujur dan amanah.
  • Boleh bekerja shif dan lebih masa.
  • Elaun bulanan dan makanan disediakan.

Apa yang anda dapat dengan menjalani latihan industri bersama kami?

  • Peluang memahami industri perniagaan, mengurus perniagaan sendiri dan mengetahui cabaran-cabaran di dalam peniagaan.
  • Mendapat latihan dalam memanah sepanjang latihan industri
  • Meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan pelanggan secara terus (face to face)
  • Suasana tempat kerja yang menyeronokkan.
Jika anda berminat, sila hantarkan resume anda ke lisa@malayaarchery.com.my